Penyertaan Program Jamuan Amanah Ikhtiar Malaysia Tahunan 2015
17 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan ahli amanah ikhtiar beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu, untuk merapatkan hubungan di antara ahli amanah ikhtiar bersama staf Pusat Internet. Program ini telah diadakan sepanjang tahun untuk meraikan peserta AIM dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:
Masa : 8.00 Pagi -12.30 Tengahari
Tarikh : 16 Oktober 2015
Tempat : Perkarangan Dewan Smk Alor Janggus
Kehadiran : Ahli Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Kota Setar
Tujuan Program diadakan :
•Sebagai program kemasyarakatan dan menjalinkan hubungan baik antara staf PI dan komuniti serta antara ahli Amanah Ikhtiar Malaysia.
•Mengukuhkan kerjasama dalam sesebuah program kemasyarakatan.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
1) Aturcara Majlis :- Pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya :
•Nasyid
•Memasak Masakan Kampung
•Gubahan Telekung, Tuala & sebagainya
•Membuat Puding
•Rekacipta Bahan Terbuang
2) Sukaneka kanak-kanak
3) Jamuan Makan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: